Pages

Powered by Blogger.

SlideShow

.
0

Jalan Shortcut Menuju Ke Neraka



Kenapa Jalan ini  dijadikan Pilihan....KENAPA!!!!
Pada suatu ketika dahulu,apabla diri di tinpa musibah yang amatlah memeritkan,
Hanya MATI yang di dambakan.Sedangkan tiada rasa bersyukur diatas ujian tersebut.Terlupa nikmat Allah.Terlupa tujuan hidup.Terlupa segala2nya...

Namun Apabila berada di samping yang tersayang,banyak kata2 semangat yang dilontarkan..Lebih2 lagi Apabila si dia menengking akibat asyik ingin kan kematian kerana tidak sanggup menghadapi dugaan & ujian yang begitu berat.. 

Anas berkata,Rasulullah bersabda: 
"Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata: 'Ya Tuhanku, hidupkan aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"BOLEH TAK BELAJAR BERSABAR!!!" 

"TAHU TAK 

BER S.A.B.A.R !!!" 

ORANG yang ditimpa sesuatu bencana hendaklah tabah menghadapinya. Ia adalah ketentuan dan ujian Allah kepada umatnya. Ada banyak hikmat di sebalik sesuatu ujian atau dugaan yang diberikan Allah kepada umat manusia. Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu...

Tengkingan itulah yang membuatkan air mata lebih mencurah2 dan diri mula beristighfar kembali,banyak persoalan yang dilemparkan sewaktu itu,Semuanya menyedarkan ku dan membuat aku berfikir kembali...

"CAKAP TU FIKIR DULU!!!"

"DAH CUKUP BEKALAN AMALAN YANG NAK DI BAWAK!!!"

"REDHO LAH DENGAN UJIAN ALLAH...NI BARU SIKIT!!!

ISTIGHFAR BANYAK2!!"


Anas berkata, Rasulullah bersabda:
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." 
(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)


"DAH BERSIHKAN HATI N JIWA DIHADAPANNYA?!!" 

"DAH CUKUP AMALAN YANG DI FARDHUKAN KAT KITE?!!"


Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: 
"Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


"DAH TUNAIKAN HAK ORANG LAIN!!"

"DAH TAK SAYANG FAMILY LAGI!!"


Kata2nya amat lah "makan dalam"....syukran Ya Allah memberikan ku peluang sekali lagi untuk kembali ke pangkal jalan~

 Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda:
"Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata, bahawa kedua-duanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Dia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan', dan Allah berfirman kepada malaikat penulis amal orang itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat." 
(Imam Ahmad) 

Ya Rabb... 
Aku rasakan dugaan Mu amatlah berat bagiku... Syukur Alhamdulillah aku dapat hadapinya walaupun amat memedihkan,tpi aku rasekan betapa besarnya hikmah & nikmat dari dugaan Mu itu..Keajaiban di luar jangkaan dapat aku rasai~ 

Anas berkata, Rasulullah bersabda: 
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."  
(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "Kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya. 

Terima Kasih Ya Allah~ Jadikan perasaan ketakjuban & kebahagiaan ini kekal selamanya untuk ku & Aku tergolong didalam hamba2 Mu yang bersyukur~ Kekalkan lah kebahagiaan ini Selama-lamanya di dunia mahupun di akhirat kelak~

0 comments:

Post a Comment