Pages

Powered by Blogger.

SlideShow

.
Showing posts with label DOA. Show all posts
Showing posts with label DOA. Show all posts
0

Tanda-tanda atau Cap Kenabian

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...

 Salam tulus ingatan dari khalifah buat semua teman-teman yang di hormati.. Malam ini saya just nak share ttg satu tajuk Cap Kenabian "Khatamah Nubuwwah "




 
Antara keistimewaan yang terdapat pada fizikal Rasulullah s.a.w. ialah di antara dua bahu Nabi s.a.w. tertera “cap kenabian” (Khatam al-Nubuwwah). Tanda itu timbul di belakang Rasulullah s.a.w. sebesar telur burung merpati.

Al-Qurtubi berkata : “ Hadis-hadis yang sahih seia sekata menyatakan bahawa cap kenabian itu adalah suatu yang timbul berwarna merah terletak dekat dengan bahu sebelah kiri. Saiznya ketika kecil ialah sebesar telur burung merpati dan membesar sekadar segenggam tangan.” (al-Manawi, Faidh al-Qadir)

Menurut para sahabat yang pernah melihat cap kenabian tersebut :
  1. Al- Sa’ib bin Yazid menceritakan: “Ibu saudaraku membawaku mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Sesungguhnya anak saudaraku ini sakit,” lalu baginda pun mengusap kepalaku dan mendoakan keberkatan untukku. Kemudian baginda berwuduk, lalu aku meminum air yang menitis dari wuduknya, lalu aku berdiri di belakangnya dan aku melihat Khatam al-Nubuwah di antara dua belikatnya, keadaannya seperti telur al-Hajalah (sejenis burung) [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
  2. Daripada Jabir bin Samurah r.a., katanya: “…Aku melihat satu cap di bahunya, kira-kira sebesar telur merpati. Cap itu serupa dengan warna tubuh baginda.” [Riwayat Muslim]

Di dalam Syarah al-Barzanji menyatakan: Ia (cap kenabian) adalah daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan (seperti urat), kelilingnya itu ada rerambut (bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (yang halus).

‘Allamah al-Zurqani dalam kitab Al-Mawahib al-Laduniyyah Syarah ‘ala al-Syamail al-Muhammadiyyah berkata: al-Hakim al-Tirmizi berkata, “ Ia bagaikan telur burung merpati. Di dalamnya tertulis kalimah yang bermaksud, “Allah Esa, Tiada Sekutu Bagi-Nya” dan di luar pula tertulis , “Pergilah (Wahai Muhammad) ke mana engkau mahu dan sesungguhnya engkau Muhammad akan dibantu.” Di dalam kitab Tarikh al-Naisabur pula ada menyebut, “ Di dalamnya juga tertulis dengan daging tubuh baginda : Muhammad Rasulullah.” ( Juzuk 1/ hlm. 85)
Di samping membanyakkan solawat kepada Rasulullah s.a.w., sesetengah ulama membuat lakaran Khatam Nubuwwah tersebut untuk bertabarruk dengan memandangnya demi menambah kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. Al-Tirmizi al-Hakim berkata, “Sesiapa yang berwuduk, lalu melihat (lakaran) khatam ini di waktu subuh, nescaya dia akan dipelihara oleh ALLAH Ta’ala sehingga ke petang. Sesiapa yang melihatnya di waktu maghrib, nescaya dia akan dipelihara oleh ALLAH Ta’ala sehigga ke waktu subuh. Sesiapa yang melihatnya ketika awal bulan ,nescaya dia akan dipelihara oleh ALLAH Ta’ala sehingga ke akhir bulan. Sesiapa melihatnya pada awal tahun, nescaya dia akan dipelihara oleh ALLAH Ta’ala sehingga ke akhir tahun daripada bala dan bencana. Sesiapa yang melihatnya ketika bermusafir, nescaya safar itu akan diberkati oleh ALLAH Ta’ala. Sesiapa yang mati pada tahun tersebut, Allah akan mengakhirkan baginya dengan mati dalam iman, bahkan aku (al-Tirmizi) berharap kepada ALLAH Ta’ala, bahawa sesiapa melihatnya (khatam ini) dengan benar kecintaannya kepada Nabi s.a.w. dan keimanan yang benar, sepanjang umurnya, nescaya ALLAH Ta’ala akan memeliharanya daripada segala apa yang tidak disukai sehingga dia bertemu dengan ALLAH Ta’ala.( Syarah al-Barzanji: halaman 52) Wallahu a’lam.

[Karya seni di atas dihasilkan sebagai pelekat kereta hanyalah sekadar suatu ekspresi seni terbitan YR Publications menggabungkan variasi khat Thuluth dan Nasakh serta motif bunga tempatan seperti jejarum dan kesidang. Apa yang penting untuk difahami melalui stiker ini ialah kekuatan tauhid, iman dan yakin kepada Allah serta keimanan dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. itulah sebenarnya pendinding diri dan juga dorongan serta semangat untuk melaksanakan pelbagai amalan kebajikan dan soleh yang dianjurkan Islam.]
2

DOAKU BUAT IBU...

YA ALLAH...Ampunkanlah IBUKU dan BAPAKU , . . Lapangkanlah kuburnya , cucurilah rahmat ke atas rohnya , tempatkan rohnya dikalangan orang2 yang Engkau kasihi dan dikalangan orang2 yang soleh...
YA ALLAH...

Sejahterakan kehidupan IBUKU dan BAPAKU  di dalam Alam Barzakh.Jadikan kuburnya dari taman2 Syurga Firdaus Mu.Engkau bangkitkannya di dalam akhirat sebagai mukmin yang Engkau Redhai.Tempatkannya di bawah lindungan ArsahMu di Padang Masyar.Beratkan timbangannya dengan amal ibadah dan amal kebajikannya di dunia..Hulurkan amalan catatnya dari sebelah kanan.Mudahkannya melintas titian siratMU sepantas kilat..

YA ALLAH..Ampunilah kedua IBUBAPAKU . . Kasihanilah IBUKU dan BAPAKU..Maafkanlah IBU dan BAPAKU..Engkau tempatlah IBUKU dan BAPAKU dah kami semua di dalam Syurgamu tanpa Hisab...

Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang2 Yang Soleh dan Beriman . . . Amin Yarabbalalamin

AL- FATEHAH....




UNIC - Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan



0

Hadith..


Hadith : (Akhir Umur Dunia)

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya".

Jabir r.a
0

SeLaWaT uNtuK MeNamBaH RezEK!

SeLaWaT TafRiJiYYaH..


Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.


Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.


selamat beramal...